1. YOGURT
Sesuai untuk merawat penyakit radang usus,,,di mana hampir 20% wanita di seluruh dunia mengalami masalah keradangan usus atau IBS. Keadaan ini menyebabkan rasa sakit atau senak melampau pada bahagian perut. Terdapat beberapa bakteria baik di dalam yogurt terutama jenis b.infantis dan t.acidophilus yang bertindak untuk mengurangkan rasa sakit,keradangan dan kembung perut. Sebaik-baiknya amalkan pengambilan harian probiotik yang diperkaya dengan yogurt soya.
2. KOPI
Sesuai untuk mencegah sakit kepala. Dimana kopi tidak hanya pembuka selera pada waktu pagi, malah ia boleh dijadikan terapi ubat. "Kafein" membantu mengurangkan rasa sakit kepala dengan membuka saluran darah yang sempit. Pengambilan kopi 1-2 cawan sehari mampu mencegah dan melegakan kesakitan pada kepala. AWAS!!!!! Jika terlalu kerap mengambil kafein, boleh memberi kesan yang sebaliknya. Apabila anda berhenti secara mengejut, anda mudah mendapat sakit kepala. Kopi mampu melegakan rasa sakit kepala sekiranya anda tidak mengambilnya secara kerap.
3. KUNYIT
Sesuai untuk sakit sendi, dimana perasa dalam rempah kari yang telah digunakan sejak berkurun lamanya dalam perubatan Ayurvedik ini dikatakan mampu melegakan kesakitan dan melawaskan penghadaman. Kunyit juga mampu melindungi badan daripada tisu-tisu yang rosak dan keradangan otot serta memelihara fungsi sel saraf dengan baik. Sebagai tambahan,apabila anda memasak menggunakan kunyit, masukkan juga sedikit taburan lada hitam dalam masakan tersebut. Ini kerana sebatian rempah tersebut mampu mengurangkan rasa sakit di bahagian otot dan sendi.
4. CERI
Sesuai untuk sakit otot,di mana sebatian kandungan yang terdapat pada ceri dikenali sebagai anthocyanins sama dengan phytonutrients yang memberi kaya zat dimana berkuasa melawan antioksidan dalam dua cara. Ia mampu mampu menghalang keradangan dan menghalang kemasukkan enzim seperti aspirin,naproxen dan nonsteroid anti radang.
5. IKAN SALMON
Sesuai untuk sakit tulang belakang,leher dan saraf, dimana pengambilan ikan dibawah paras merkuri dan tinggi omega mampu mengurangkan rasa sakit bahagian belakang badan. Untuk menjaga kesihatan belakang badan, saluran darah dan saraf, amalkan makanan bersumberkan kaya nutrient. Jika paras darah berkurangan boleh menyebabkan kehilangan sumber oksigen, nutrisi dan akhirnya antibodi merosot. Omega 3 mampu membantu mempertingkatkan kelancaran darah dan mengatasi masalah keradangan dalam saluran darah dan saraf. Minyak ikan bermanfaat untuk pencegahan awal kardiovaskular. Paling penting kesedaran masyarakat untuk mempertingkatkan gaya pemakanan sihat demi menjaga kesihatan badan luar dan dalam.
6. HALIA
Sesuiai untuk migrain,artritis, dan sakit otot dimana rempah tradisional ini sesuai untuk masalah sakit perut, mabuk laut dan loya. Dipercayai halia berfungsi membuang angin dalam badan dan melegakan ketidakselesaan dalam usus dari termuntah. Bertindak sebagai anti keradangan dan ini mengurangkan migrain, artritis dan saraf-saraf otot. Jadikan halia sebagai menu diet anda. Sama ada secara masakan atau jus. Atau buat teh halia yang dimasukkan dengan kepingan halia bersama rebusan air panas.
haaaaaa,,,aku harap sedikit sebanyak info aku kali ni dapat membantu korang yang mengalami pelbagai masalah,,,antaranya bagi pelajar,,mereka selalu mengalami migrain sewaktu tempoh pembelajaran,,,hal ini khusus bagi mereka untuk merawat masalah yang dihadapi,,,,
#sekian,,,,wassalam...
thnkzz for this tips :)
ReplyDeletetips untuk penjagaan harus di share kan,,,ahhakssss!!!
ReplyDelete