Nuffnang Ads

Monday, 1 July 2013

11 AmAlAN ORAng yANg mENdApAt dOA mAlAikAt,,

Haaaa,,kali ni aku heliazain nak share kan sedikit sebanyak tentang amalan orang yang mendapat doa malaikat..seperti yang korang sedia maklum,,mereka yang berbuat amalan kebaikan akan dibalas dengan ganjaran pahala,,bahkan di akhirat nanti para malaikat akan memberikan syafaat,,sebagaimana yang dijelaskan didalam Sahih Muslim dan yang lainnya..para malaikat juga akan memberikan syafaat didunia yang mana mereka akan memohon keampunan untuk semua orang Mukmin,,,,,






Di dalam Al-Quran dan As-Sunnah telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu:
1) Golongan yang berbahagia iaitu mereka yang didoakan oleh para malaikat..
2) Golongan yang sengsara iaitu mereka yang dilaknat oleh para malaikat..


haaaaa,,nak tau apakah ciri-ciri golongan atau mereka yang didoa oleh malaikat?? Jom baca keterangan dibawah ini,, Moga kita juga termasuk dalam kalangan mereka yang beroleh doa dari para malaikat..


okeyyhhh,,,jommmm baca,,,aku nak sharekan 11 amalan orang yang akan mendapat doa malaikat...



  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
  3. Orang yang berada di saf depan bila solat berjemaah.
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah,,dimana tidak membiarkan kekosongan didalam saf).
  5. Kalangan malaikat mengucapkan "amin" ketika seseorang imam selesai membaca al-fatihah.
  6. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoanya.
  7. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
  8. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
  9. Orang yang membelanjakan hartanya.
  10. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
  11. Orang yang sedang makan sahur.


AllahSWT telah berfirman dalam surah Al-Anbiya' ayat 26-28 yang bermaksud:
    Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak didahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu yang ada di hadapan mereka dan di belakang, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepadaNya..


# Begitu mulianya kedudukan para malaikat kerana mereka termasuk dalam golongan makhluk ciptaan Allah yang selalu dimakbulkan doanya. Para malaikat tidak pernah berbuat kejahatan,, hanya melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah kepadanya. Oleh itu, motivasikan diri kita untuk melakukan amalan baik bagi memperoleh tempat di dalam golongan orang-orang yang didoakan oleh para malaikat..


No comments:

Post a Comment