Frasa seperti 'cinta sebelum berkahwin', ataupon 'cinta sebelum nikah' adalah popular. Bahkan, kebanyakkan orang mengharamkannya kerana menyatakan ia membuka ruang kepada zina. Saya tidak menyalahkan orang yang mengharamkannya, kerana jelas cinta pada hari ini sudah dirosakkan. Ia diamalkan dengan cara yang salah sekaligus menjadi pintu maksiat untuk ramai orang.
Cinta dianggap berpegangan tangan, keluar berdua-duaan, melalaikan dan mengalpakan, menghabiskan duit, membazir masa, melakukan zina, dan pelbagai lagi perlanggaran kepada syariat Allah. Dunia menggambarkan cinta dengan rupa begitu. Jadi, tidak hairan cinta diharamkan sebelum bernikah.
Namun,, saya kembali kepada definisi cinta saya iaitu "Sekiranya benar cinta, mesti mahu bersama ke syurga. Apa-apa yang melempar ke neraka, itu bukan cinta namanya".
Jadi bagi saya, cinta dengan definisi saya itu, wujud sebelum berkahwin.
PARADIGMA YANG PERLU DIPECAHKAN
Suasana 'bercinta' yang kita lihat dalam masyarakatkita pada hari ini, saya yakin 'diajar' dan 'dididik' daripada majalah, televisyen, filem, dan drama yang menunjukkan 'cinta' versi dunia. Jadi, anak-anak, bahkan orang tua yang membesar dalam suasana ini mula melihat, 'Sekiranya mahu bercinta, mesti berkelakuan begitu'.
Begitu juga sekiranya kita melihat cara pemakaian. Pada hari ini, cara pemakaian yang dipamerkan oleh selebriti-selebriti kita, menjadi ikutan. Apabila lemahnya didikan agama dan tidak diproses hubungan manusia dengan Allah, maka public figure yang menjadi 'tuhan' , bukannya lagi Allah. Justeru, perintah Allah diletakkan ke tepi.
Justeru, satu perkara yang perlu dilakukan dalam membincangkan 'cinta sebelum berkahwin' ini adalah kita perlu pecahkan paradigma yang dibina oleh jahiliah ini. Hal ini kerana, salah satu cara untuk saya pecahkan paradigma ini adalah dengan membina definisi cinta saya.
CINTA ITU FITRAH
Cinta berasal daripada perasaan. Sebelum perbuatan, cinta sebenarnya adalah perasaan. Jadi, Islam tidak pernah melarang perkara fitrah. Semestinya cinta tidak haram. Apatah lagi, cinta adalah perasaan yang tidak boleh dikawal. Siapa sangka??? Tiba-tiba jatuh cinta,,fall in love. Jadi, mustahil Islam mengharamkan perkara yang sedemikian rupa.
Tidak wujud dalil Allah dan rasulNya mengharamkan perasaan cinta sebelum berkahwin. Bahkan perasaan cinta ini diiktiraf oleh al-Quran. Allah sudah menyatakan dalam surah al-Baqarah, ayat 235,
"Dan tidak ada salah untuk kamu berkenaan apa yang kamu bayangkan (secara kiasan) bagi meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), ataupun berkenaan kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui kamu mengingati mereka, (yang demikian itu tidak salah), namun jangan kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain daripada menyebut kata-kata (secara kiasan) yang sopan. Jangan kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (mahu melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu. Maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang".
Ayat ini hakikatnya adalah larangan meminang wanita sebelum tamat edah selepas kematian suami. Hukum edah ini nyata banyak kebaikkannya, terutama dalam menjaga nasab keturunan dan juga perasaan keluarga si mati. Namun, Allah tidak pula melarang kiasan yang membawa maksud meminang. Juga tidak diharamkan niat dan perasaan cinta yang menggerakkan rasa meminang itu tadi. Hakikatnya ini adalah pengiktirafan kepada jatuh cinta, dan menyatakan betapa itu fitrah, hingga Allah sendiri tidak melarangnya. Bagaimanapun, Allah memberikan peraturan kepadanya. Ada tatacaranya, bukan diterjah begitu sahaja.
Jadi,, tiada masalah cinta sebelum berkahwin,,,tapi harus diingatkan,,,jaga batas-batas nya...
#haaaaaa,,,stop disini dulu,,,by the way,,heliazain memperoleh sumber ni daripada Hilal Asyraf,,dimana mahu di sharekan kepada semua pembaca blog,,,have fun,,,assalamualaikum,,,and harap dapat dijadikan sedikit sebanyak sebagai pengetahuan am,,,that's all.,,thank you!
No comments:
Post a Comment