Assalamualaikum...dan Selamat Petang...
Haaa...setelah sekian lama cik Helia ni menyepi..hari ni tetiba rajin lah pulak taip2 ni haaa..apa lagi..
Al-kisah bermula apabila kami mendapat undangan untuk pulang ke Kampung Kinandusan, Kundasang, Sabah bagi bersama-sama menghadirkan diri ke Hari Keluarga Garanta.
Ahad: 22.12.2013
Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami bertolak dari perkarangan UMS untuk ke Kundasang. Setelah minyak petrol diisi, angin tayar di pump kan... Bergeraklah kami ke sana yang dipandu oleh si bapak (Firman)..
Jam 1.15 petang,, kami tiba di Pekan Kundasang dimana kawan-kawan telah menunggu disana. Dalam perjalanan kami ke Kundasang, kami singgah di beberapa tempat untuk memperbetulkan urat-urat yang telah tersipul rapi, memandangkan si mummy (Anna) mulai pening-pening. Mana tak nya, jalan berliku-liku, ke kanan dan ke kiri.. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk singgah di Kampung Kinandusan sebelum meneruskan rancangan untuk menjelajah ke Dairy Farms..
Jam 2.30 petang, selepas menunaikan solat fardhu Zohor dan makan tengah hari, kami meminta izin untuk beredar..
Jam 3.15 petang, kami tiba di Dairy Farm dimana disini terletaknya lembu-lembu dari New Zealand. Kami mencuba susu segar yang dijual disitu. Harganya amat berpatutan. Tiket untuk kami masuk ke kawasan tersebut hanyalah Rm4.00, tapi setelah abang ngah (Danny) menunjukkan kad pelajar kepada kakak dikaunter, kami dapat student price iaitu Rm3.00 seorang. Suasananya yang hijau amat mendamaikan. Si mummy dengan si abang ngah tidak melepaskan peluang untuk bagi lembu-lembu makan dan minum susu. Ternyata terserlah kasih sayang disitu.hahaa..
Jam5.45 petang kami singgah di Pekan Kundasang untuk mencuci mata. Melihat kesuburan bunga yang sedang mekar membuatku tertarik untuk membelinya. Harga strawberry nya agak mahal jika nak dibandingkan di Cameron Highlands.
Jam6.10 petang kami tiba di Kg Kinandusan buat kali keduanya. Memandangkan malamnya Kami akan bermalam disana bagi menghadiri majlis kemuncak hari keluarga Garanta.
Jam7.30 malam kami berkumpul di perkarangan rumah mama. Aktiviti potong kek dimulakan. Seterusnya bermulalah aktiviti karaoke dan berebut kerusi secara terbuka. Si mummy mewakili kami pelajar Ums untuk buat persembahan.
Jam12.00 malam kami bersurai. Dimana semua pulang ke rumah keluarga masing-masing.
Isnin (23.12.2013)
Jam 8.00am kami berkumpul di depan rumah mamaku menantikan kemunculan si mummy, kak chiq, and kakak tiri. Kami juga telah bersarapan pagi dimana disediakan oleh penduduk kampung.
Jam9.15am kami meminta diri untuk bertolak. Kami meneruskan lagi perjalanan ke Ranau Hot Spring dimana disini terletaknya kolam air panas semulajadi lah kot. Untuk masuk ke sini tiketnya berharga rm3.00 seorang. Tapi tak kesahlah sebab tiket ni jugak boleh diguna pakai di Kinabalu Park. Menjelajah dan menjelajah di dalam sana, kami mencuba untuk merendamkan kaki ke dalam air panas tersebut. Agak memberangsangkan, ternyata air di dalamnya teramat amat panas.
Jam 1.30pm kami pulang ke Pekan Kundasang untuk makan tengah hari.
Jam2.30pm kami tiba di Kinabalu Park. Keindahannya amat memukau. Tetapi kami mengalami keadaan yang mendebarkan dimana jalan mulai stuck. Jadi kami ditengah-tengah. Tidak boleh ke depan dan tidak boleh ke belakang memandangkan jalannya amat curam. Dengan bantuan orang disana kami dapat memboloskan diri dari kesesakan dan ketegangan situasi. Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kota Kinabalu.
Jam 4.45 kami tiba di perkarangan Ums. Dimana kami singgah untuk mengambil barang-barang si abang ngah memandangkan dia akan pulang ke Sarawak bagi celebrate kristmas kat sana bersama keluarga tercinta. Sebelum ke airport, sempat juga kami ke Tanjung Aru untuk lihat sunset. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Tuhan sekalian Alam. Kami makan malam disana. And terus hantar abangngah ke airport.
Jam 8.00pm kami tiba di Kampung CD, UMS. so berakhirlah disini.
#betapa indahnya persahabatan dengan adanya kenangan. Semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke Syurga. Ameen!
No comments:
Post a Comment