Nuffnang Ads

Saturday, 21 May 2016

UMS Family

21 Mei 2016: Kolej Kediaman Sri Angkasa

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari je lagi aku di sini, di UMS. Makin ku menghitung hari-hari terakhir, makin terasa kesedihan, kerinduan yang akan ku hadapi. Dalam gembira untuk pulang ke Semenanjung, ada sedikit rasa kesedihan. Buat arwah Nenek, Hasmah Binti Che Hassan, Yana hampir tamat pengajian kat sini. Terima kasih untuk ilmu, kasih sayang, dan pendidikan yang pernah diberikan. Terima kasih sebab bersusah payah besarkan Yana. 22 Mei 2006, Yana berumur 12 tahun masa tu, dan sekarang tinggal beberapa jam lagi untuk 22 Mei 2016 sedar tak sedar hampir 10 tahun arwah tinggalkan kami. Al-fatihah.


Ni gambar potret UMS Closed Family. Doranglah kakak, doranglah abang, doranglah family selama 3 tahun aku kat sini. Tempat berkongsi suka dan duka. Teman menjelajah, teman beriadah, teman makan-makan, teman menangis, teman bergembira. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka. Kalau tak terasa hati tu bukan sahabat laaa namanya kan.. hahahahaaa

Kenangan yang diabdikan ni Insyallah akanku abadikan dihati buat selamanya. Buat yang pernah memberi harapan, terima kasih kerana pernah mempersiakan harapan itu. Akhirnya aku mampu bangkit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan dengan berbekalkan semengat mereka. Terlalu banyak yang ingin dicoretkan, namun tak dapat diluahkan. Terima kasih sahabat kerna masih setia dengan diri ini. Semester 1 hingga Semester 6, 3 tahun perkenalan kita. Semoga ia berkekalan hingga ke Jannah.







Kesayangan hamba: Abangkrappp. Kakmirrraaa, Kaknunggggg, Kakjielllaaa, Kakdedekkk, Kakshielllaaa and tak lupa abang kesayangan, AbangFarabbbyyy.

Love u all.

Sincerely,
AdikManis


No comments:

Post a Comment