Nuffnang Ads

Saturday, 21 May 2016

UMS Family

21 Mei 2016: Kolej Kediaman Sri Angkasa

Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari je lagi aku di sini, di UMS. Makin ku menghitung hari-hari terakhir, makin terasa kesedihan, kerinduan yang akan ku hadapi. Dalam gembira untuk pulang ke Semenanjung, ada sedikit rasa kesedihan. Buat arwah Nenek, Hasmah Binti Che Hassan, Yana hampir tamat pengajian kat sini. Terima kasih untuk ilmu, kasih sayang, dan pendidikan yang pernah diberikan. Terima kasih sebab bersusah payah besarkan Yana. 22 Mei 2006, Yana berumur 12 tahun masa tu, dan sekarang tinggal beberapa jam lagi untuk 22 Mei 2016 sedar tak sedar hampir 10 tahun arwah tinggalkan kami. Al-fatihah.


Ni gambar potret UMS Closed Family. Doranglah kakak, doranglah abang, doranglah family selama 3 tahun aku kat sini. Tempat berkongsi suka dan duka. Teman menjelajah, teman beriadah, teman makan-makan, teman menangis, teman bergembira. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka. Kalau tak terasa hati tu bukan sahabat laaa namanya kan.. hahahahaaa

Kenangan yang diabdikan ni Insyallah akanku abadikan dihati buat selamanya. Buat yang pernah memberi harapan, terima kasih kerana pernah mempersiakan harapan itu. Akhirnya aku mampu bangkit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan dengan berbekalkan semengat mereka. Terlalu banyak yang ingin dicoretkan, namun tak dapat diluahkan. Terima kasih sahabat kerna masih setia dengan diri ini. Semester 1 hingga Semester 6, 3 tahun perkenalan kita. Semoga ia berkekalan hingga ke Jannah.







Kesayangan hamba: Abangkrappp. Kakmirrraaa, Kaknunggggg, Kakjielllaaa, Kakdedekkk, Kakshielllaaa and tak lupa abang kesayangan, AbangFarabbbyyy.

Love u all.

Sincerely,
AdikManis


Sunday, 20 March 2016

Shortvacay Semporna

Hai rakan-rakan sekalian. Setelah lama menyepi, saya muncul kembali untuk berkongsikan pengalaman di Semporna, Sabah.

This is our tentative:

15 Jan 2016:
Kami gerak dari KK ke Semporna around jam 7.30pm menaiki Bas Dyana (harga tiket around RM50).






16 Jan 2016:
Around jam 5.00am kitorang selamat sampai ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah. Seterusnya menuju ke hotel (harga hotel untuk satu malam below RM100 per bilik). Pandai cari dapat la murah. Lepas checked-in kitorang merehatkan diri. Around jam 12noon kitorang turun cari some foods for lunch. Sempat juga pusing-pusing satu pekan tu. Maklumlah, pekan Semporna ni tak la besar sangat. So, kalau jalan kaki pon tak kan ada masalah punya. Cuma berkeringat la sikit. Okey la tu kan... Acah-acah backpackers sekali-sekala.



17Jan 2016;
Seperti yang dirancang, kami ke Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Kemain lagi semangat, subuh-subuh lagi kami bangun bersiap. Jam 6.00am memulakan perjalanan ke jeti. Sempat jugak la berangan di Dragon Inn Floating.

 Ni sekitar Dragon Inn. Serious.... Cantik gila.

Jetty,,,, Tunggu boat kitorang. Sewa boat ke Bohey Dulang and Pulau-pulau berdekatan ni dia kira per boat. (Kitorang dapat satu boat RM450, pandai cari RM300 pon dapat)


Bohey Dulang okey!!!!!!!



Ni sekitar Pulau Sibuan. Kat sini dia punya air Subhanallah cantik sangat. Cuma kat sini kena tahan lah sikit sebabnya panas betol. Haba laut dia meluak-luak naik ke atas. Tak sunburn tu bukan namanya pegi pulau la kannnnn...



18 Jan 2016:
Bertolak ke Tawau. Kitorang menaiki van di pekan Semporna (RM10 per person). Ingat, apa-apa kemudahan kat sana kena pandai survey. Jangan tertipu,,,, sebab kitorang pon hampir terkena. Ingat, sesungguhnya Tuhan bersama orang yang sabar. Kat Tawau kitorang ke Pasar Gantung. Kat situ banyak sangat kain batik yang cantik-cantik untuk sourvenir. Haaaa,,, Datang Tawau jangan lupa makan banyak-banyak. Sini dunia makanan tau.

19 Jan 2016:
Bertolak balik KL dari Tawau Airport.

Friday, 28 August 2015

Pasti

Kadang-kadang aku tertanya,
Kadang-kadang aku terfikir,
Kadang-kadang aku tertunggu,
Kadang-kadang aku terseksa.

Menanti cintamu membuatkan aku lemah,
Menunggu jawapan darimu membuatku rindu,
Menantikan dirimu membuatkanku tiada daya,
Sungguh aku menunggu, aku menanti.

Sampai bila harus begini?
Sampai bila kita membawa diri?
Sampai bila kita harus gantungkan sebegini?
Sampai kita sama-sama tak mengharapkan antara satu sama lain?

Sungguh aku tengah berusaha berubah.
Sungguh aku ingin bina istina kita bersama-sama.
Sungguh aku menantikan cinta yang telah pergi.
Sungguh akanku tunggu kehadiranmu setelah kau pergi.


Jumaat (28 Ogos 2015)
15.19

Tuesday, 4 November 2014

Malam Muhibbah 2014

Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam Ecocampus, dan Salam 1Malaysia. wahhh!!!setelah berpenat lelah untuk menjawab midterm, kami mengikuti MALAM MUHIBBAH. Malam muhibbah merupakan malam mengeratkan silaturrahim, dan malam ice breaking antara senior dengan junior.

Al kisah bermula dengan kami yang ketinggalan bas, dan tiba di majlis semasa perucakapan Sir Amer Azlan. And diikuti dengan pelbagai aktiviti, antaranya lucky draw yang mana Miza terpilih untuk mempersembahkan dirinya dikhalayak ramai. dan seperti yang dijanjikan, salah seorang daripada kami yang akan ke stage, semua yang lain akan naik, dikira adil la kan,hahaaaa.



setelah persembahan dibuat, saat saat yang dinanti nantikan adalah title KING and QUEEN, and finally,,,,,, i got it... bukan dah xde calon lain kot, tu yang terpaksa dorang pilih aku kali,,hahaaaaa. by the way, I'M HAPPY!!!!!!!!


title ni telah membuatkan aku and the king saling pandang berpandangan, and kami merupakan ajk pelaksana dalam Investment Week,,,,,,,,

Sunday, 14 September 2014

Weekend Together


Setelah sekian lama tak outing bersama, Sabtu, 13 september 2014 we spent our weekend together for the first semester in the second year. Kali ni kami dah bergelar senior di UMS ni haaaa. Disebabkan first week, so kami menghabiskan masa ke Bandaraya Kota Kinabalu, namun 1B tak kan sesekali dilupakan. hahaaa.

Firstly yang kitorang buat spent masa dekat CP, cuci matak katanya, Hahaaaaa. And hari tu jugak aku cuba-cuba cakap sabah, maklumlah kan dah jadi Sabahan. 2jam lebih kat CP, cari kasut si Yus. By the way, makanan kat CP memang sesangatlah best, bak kata urang sabah, "SEDEPPPPP", hahaaaaa. Penuh 1 kereta barang dorang beli. Semua ada. Kuali, baldi, makanan. Uihhhhhh,,,, kalau dapat rasa yang dorang masak memang sedeppppp la kan.

Seriously, makanan kat cafe Sri Angkasa ni hampehhhhh! Rela makan maggi. Kalau lah dapat tinggal dalam Ums, confirm hari-hari pigi 1B ngan Christie to take our lunch or dinner. Kalau kat sini? Uihhh,, jauhnya mau keluar.

Secondly, after kitorang dah habis pusing 1 CP tu, tunggu pulak si Christie sama si Sulinda. Apa lagi, round la kedai-kedai kain. Nahhhh,,, Yus ngan Farhanah terfalling love dengan tudung, and terbeli. Thanks to Farhanah for a tin of water, terima kasih sebab BELANJAK. hahaaa.



Kami meneruskan lagi our trip ke Todak, nahhhhh, area KK ni memang laluannya dipesisir laut bah. Ada juga laluan pasir, tapi jalannya banyak traffic light. Apaaaa lagiii, bergambarlah kami.


Then ke Tanjung Aru beach, menikmati ABC fruits yang lazatttttttt. Apa kami buat? Menantikan sunset!



Next, we take our dinner at Alamesra. Makan nasi ayam penyet.. Memang terbaiklah!!!! Pedas, terasa hingga menjilat jari. Kami meneruskan lagi ekspedisi kami ke tempat yang wajib pergi, mana lagi kalau tak ke 1B, shopping-shopping, cuci-cuci mata. Yus ngan Farhanah borong satu 1B, hahaaaa.

Benda yang tak kan dilupakan, first time this semester aku masuk lewat hostel. Sikit je lagi tu mau ditutupnya gate, uihhhhhh selamat!!! And take our rest enoughly,hahaaaa.

Saturday, 30 August 2014

Art Street di Kelantan.

Firstly aku ingatkan Shah Alam and Penang je yang ada Art Street bagai ni. Kelantan pon ada. Art Street dia dekat Lorong Cek Mek Molek. Area belakang kfc, berdekatan dengan tadika.

Tapi Art Street kat sini xde lah sebesar Shah Alam tu. Boleh la setakat nak bergambar, berphotoshoot bagai tu.
And I want to wish ThankYou to Uitm Machang students for the art that you creates in Lorong Cek Mek Molek.

Tuesday, 7 January 2014

Kundasang, Sabah

Assalamualaikum...dan Selamat Petang...
Haaa...setelah sekian lama cik Helia ni menyepi..hari ni tetiba rajin lah pulak taip2 ni haaa..apa lagi..
Al-kisah bermula apabila kami mendapat undangan untuk pulang ke Kampung Kinandusan, Kundasang, Sabah bagi bersama-sama menghadirkan diri ke Hari Keluarga Garanta.
Ahad: 22.12.2013
Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami bertolak dari perkarangan UMS untuk ke Kundasang. Setelah minyak petrol diisi, angin tayar di pump kan... Bergeraklah kami ke sana yang dipandu oleh si bapak (Firman)..
Jam 1.15 petang,, kami tiba di Pekan Kundasang dimana kawan-kawan telah menunggu disana. Dalam perjalanan kami ke Kundasang, kami singgah di beberapa tempat untuk memperbetulkan urat-urat yang telah tersipul rapi, memandangkan si mummy (Anna) mulai pening-pening. Mana tak nya, jalan berliku-liku, ke kanan dan ke kiri.. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk singgah di Kampung Kinandusan sebelum meneruskan rancangan untuk menjelajah ke Dairy Farms..
Jam 2.30 petang, selepas menunaikan solat fardhu Zohor dan makan tengah hari, kami meminta izin untuk beredar..
Jam 3.15 petang, kami tiba di Dairy Farm dimana disini terletaknya lembu-lembu dari New Zealand. Kami mencuba susu segar yang dijual disitu. Harganya amat berpatutan. Tiket untuk kami masuk ke kawasan tersebut hanyalah Rm4.00, tapi setelah abang ngah (Danny) menunjukkan kad pelajar kepada kakak dikaunter, kami dapat student price iaitu Rm3.00 seorang. Suasananya yang hijau amat mendamaikan. Si mummy dengan si abang ngah tidak melepaskan peluang untuk bagi lembu-lembu makan dan minum susu. Ternyata terserlah kasih sayang disitu.hahaa..
Jam5.45 petang kami singgah di Pekan Kundasang untuk mencuci mata. Melihat kesuburan bunga yang sedang mekar membuatku tertarik untuk membelinya. Harga strawberry nya agak mahal jika nak dibandingkan di Cameron Highlands.
Jam6.10 petang  kami tiba di Kg Kinandusan buat kali keduanya. Memandangkan malamnya Kami akan bermalam disana bagi menghadiri majlis kemuncak hari keluarga Garanta.
Jam7.30 malam kami berkumpul di perkarangan rumah mama. Aktiviti potong kek dimulakan. Seterusnya bermulalah aktiviti karaoke dan berebut kerusi secara terbuka. Si mummy mewakili kami pelajar Ums untuk buat persembahan.
Jam12.00 malam kami bersurai. Dimana semua pulang ke rumah keluarga masing-masing.

Isnin (23.12.2013)
Jam 8.00am kami berkumpul di depan rumah mamaku menantikan kemunculan si mummy, kak chiq, and kakak tiri. Kami juga telah bersarapan pagi dimana disediakan oleh penduduk kampung.
Jam9.15am kami meminta diri untuk bertolak. Kami meneruskan lagi perjalanan ke Ranau Hot Spring dimana disini terletaknya kolam air panas semulajadi lah kot. Untuk masuk ke sini tiketnya berharga rm3.00 seorang. Tapi tak kesahlah sebab tiket ni jugak boleh diguna pakai di Kinabalu Park. Menjelajah dan menjelajah di dalam sana, kami mencuba untuk merendamkan kaki ke dalam air panas tersebut. Agak memberangsangkan, ternyata air di dalamnya teramat amat panas.
Jam 1.30pm kami pulang ke Pekan Kundasang untuk makan tengah hari.
Jam2.30pm kami tiba di Kinabalu Park. Keindahannya amat memukau. Tetapi kami mengalami keadaan yang mendebarkan dimana jalan mulai stuck. Jadi kami ditengah-tengah. Tidak boleh ke depan dan tidak boleh ke belakang memandangkan jalannya amat curam. Dengan bantuan orang disana kami dapat memboloskan diri dari kesesakan dan ketegangan situasi. Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Kota Kinabalu.
Jam 4.45 kami tiba di perkarangan Ums. Dimana kami singgah untuk mengambil barang-barang si abang ngah memandangkan dia akan pulang ke Sarawak bagi celebrate kristmas kat sana bersama keluarga tercinta. Sebelum ke airport, sempat juga kami ke Tanjung Aru untuk lihat sunset. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Tuhan sekalian Alam. Kami makan malam disana. And terus hantar abangngah ke airport.
Jam 8.00pm kami tiba di Kampung CD, UMS. so berakhirlah disini.

#betapa indahnya persahabatan dengan adanya kenangan. Semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke Syurga. Ameen!