Nuffnang Ads

Wednesday, 4 December 2013

Cara memasak maggi tomyam bersama telur mata

Assalamualakum warahmatullah hiwabarakatuh!!!
Haaaa..hari ni saya nak kongsikan sedikit cara memasak maggi tomyam bersama telur mata..bagi pelajar seperti kami, mesti merasakan satu bebanan untuk turun ke cafe mencari makanan..apa yang kita dapat lakukan hanya memasak maggi dibilik..hal ini juga dapat menjimatkan masa..hanya memerlukan beberapa minit..sebagaimana yang kita sedia maklum, maggi merupakan salah satu "fast food" yang memberi effect kepada kesihatan..tapi kita seharusnya tahu bahawa maggi akan lebih berkhasiat jika dicampurkan dengan sayur sayuran dan sedikit protein,, dimana telur juga merupakan salah satu protein yang boleh diambil untuk kesihatan..
Maka, dengan ini saya kongsikan cara2 penyediaan maggi yang berkhasiat..

Bahan-bahan:
1. 1 pack maggie tomyam
2. 1 biji telur
3. Air panas yang mendidih
4. Sayur sayuran

Cara:
1. Masukkan maggie ke dalam mangkuk.
2. Pecahkan 1 biji telur dan sayur sayuran ke dalam mangkuk yang berisi maggie.
3. Masukkan air panas yang mendidih ke dalam campuran tersebut.
4. Masukkan perencah tomyam ke dalam campuran tersebut.
5. Tutupkan mangkuk dengan pinggan agar wap panas tidak terbebas.
6. Tunggu 4, 5 minit,, dan siap untuk dihidangkan

☆selamat mencuba☆

1 comment: